Hello and welcome to beautiful Hati Batu.

Kita Tidak Mempu Mengubah, Tapi Kita Mampu Untuk Mempengaruhi

Tags:, , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , .

Salam….

Adalah menjadi suatu harapan dan impian bagi seseorang yang ingin merubah dari sesuatu yang kurang kepada yang sesutu yang lebih baik dengan harapan dapat mengubah kehidupan pada masa hadapan. Namun harapan dan impian sehebat itu bukanlah sesuatu yang boleh kita ambil mudah kerana inya memerlukan suatu sokongna dan panduan yang betul. Jika tersilap langkah maka tersilap impian terpesong arah tujuan.

Kawan-kawan merupakan medium terbaik dalam membentuk diri kita sendiri kerana mereka merupakan insan yang paling rapat dengan kita dan mampu untuk mempengaruhi kita. “Kau cermin diriku” masih lagi boleh kita gunakan sehingga ke hari ini, kerana apa yang dapat aku lihat dari persikitaran dan apa yang aku lalui, kawan lebih memberi pengaruh berbanding dengan keluarga.

“Kita tidak mempu mengubah, tapi kita mampu untuk mempengaruhi” Suatu ungkapan yang amat menarik dan 100% aku sokong. Dalam kehidupan seharian bersama kawan-kawan, sememangnya kita tidak mampu untuk mengubah kawan-kawan kita yang bermasalah seperti merokok, mencuri dan sebagainya. Tetapi kita mampu untuk mempengaruhi dia dengan kita menjadi contoh pada mereka. Kita kongsikan kebaikan dan keburukan kepada mereka mengenai sesuatu perkara.

Sebagai contoh yang dapat aku kongsikan mengenai sekumpulan perempuan yang suka memakai tudung dengan memiliki seorang sahabat yang tidak suka memakai tudung. Lama kelamaan aku yakin, perempuan yang tidak memakai tudung ini akan merubah untuk memakai tudung, sekiranya kita sama-sama kongsikan kebaikannya. Kita buka minda dia tanpa dia sedari. “Cantik tak aku pakai tudung?” “Apa pandangan kan terhadap orang yang memakai tudung?” “Rambut aku ni untuk suami aku je..” Merupakan suatu kata-kata yang mampu membuka minda dia untuk berfikir dengan lebih matang akan kepentingan menutup aurat.

Mungkin ada di antara kita yang tidak suka di tegur, tak suka di beri nasihat dengan cara yang kasar/marah. Maka dengan teguran yang lembut dan nampak seperti tidak sengaja tu lebih berkesan. Lembut bukan bermaksud sotong! haha =P

Incoming search terms:

Posted on 18 February '11 by , under Motivasi.

14 Comments to “Kita Tidak Mempu Mengubah, Tapi Kita Mampu Untuk Mempengaruhi”

18.02.11 at 02:45
Posted by farhana

setuju..sebab tu kita kena saling ingat-mengingati.
itu memang digalakkan dalam Islam kan..:)

18.02.11 at 02:53
Posted by Admin

betul tu farhana..hehe =)

18.02.11 at 03:17
Posted by i am S!L4H..

x de komen lg kt cni……bole?
ahahahaha

18.02.11 at 09:18
Posted by Mrs. Asida

Betul3x… :)

18.02.11 at 10:06
Posted by Admin

seronok x dpt komen??haha =P

18.02.11 at 10:06
Posted by Admin

hehe =)

18.02.11 at 11:15
Posted by ain

betul la 2..=p

18.02.11 at 14:15
Posted by akakcomey

Kadang-kala kata-kata kita mampu mempengaruhi hidup orang lain.

18.02.11 at 15:15
Posted by Admin

hehe thanks sbb setuju dengan pendapat..=)

18.02.11 at 15:16
Posted by Admin

yep..betul tu…hehe =)

18.02.11 at 15:42
Posted by Shag

Saya sokong awak, Ell. Cehh. Ayat sekema nak mampos! Hehehe :P

Kawan mmg banyak pengaruhi. Tapi, pengaruh yg buruk lg cepat di serap drpd yg positif sbnrnya. Hmph~

19.02.11 at 00:41
Posted by Admin

Saya juga sokong awak,shag!! haha betul tu..ad org ckp..benda buruk ni orang x suka, tp senang nak buat, bnda baik, semua nak buat..tapi sgt lah ssh..hehe

19.02.11 at 09:13
Posted by Admin

salam kenal juga..=)

19.02.11 at 08:53
Posted by captainkidz

salam kenal dari saya